PUTRAJAYA: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Razak.
Ini selepas bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi melucutkan kelayakan Sri Ram daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan mewakili pihak pendakwa raya bagi kes itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan Najib hari ini serta memutuskan bahawa tiada bukti berat sebelah di pihak Sri Ram berikutan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan.
Dalam keputusan sebulat suara, Ong yang mengetuai panel itu berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Sri Ram telah mengambil bahagian dalam proses siasatan dan menjalankan siasatan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.
"Kami tidak fikir Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan undang-undang yang membenarkan campur tangan rayuan," kata hakim itu yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, Ong berkata mahkamah-mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk melucutkan kelayakan seorang peguam daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam mana-mana kes jenayah.
Najib telah memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan kes meminda laporan audit yang dihadapinya, memohon pengisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan amalan guamannya.
Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Sri Ram telah bertindak bercanggah dengan kepentingan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan, berat sebelah dan mempunyai tanggapan awal dan tentuan awal tentang kesalahan Najib walaupun sebelum didakwa secara rasmi di mana-mana mahkamah.
Dalam permohonannya, beliau juga mahu satu perintah supaya Sri Ram juga dilucutkan kelayakan daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau mewakili pihak pendakwa raya dalam kes jenayahnya yang lain, berkaitan 1MDB.
Perbicaraan lain berkaitan 1MDB terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes 1MDB, pecah amanah melibatkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) serta pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM2.6 juta yang dikaitkan kepada kes 1MDB.
Pada 15 Feb lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Najib dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Sept.
Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Jan tahun depan untuk memberikan keputusannya sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes meminda laporan audit itu.
Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan tersebut untuk melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala pasukan pendakwaan diketuai Sri Ram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Najib telah memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan kes meminda laporan audit yang dihadapinya. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Sidang Media | Apa kata Perdana Menteri?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pemimpin politik yang seolah-olah menggunakan agama untuk 'membenarkan' salah guna kuasa dan rasuah. Tegas Presiden PKR itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu. Di bilik berita Ridauddin Daud ada butirannya.

Lebuhraya Pan Borneo: Seksyen Bukit Begunan siap November ini - Nanta
LPB dari Simpang Pantu ke Batang Skrang yang melibatkan seksyen Bukit Begunan di sini bakal siap sepenuhnya, November ini, kata Nanta.

Bekas pegawai bank ada berbincang dengan Jho Low pasal akaun Najib
Joanna Yu Ging Ping berhubung dengan Jho Low menerusi BlackBerry Messenger (BBM) pada pukul 11.46 malam, 4 Dis 2014.

Kes 1MDB: Ashok cadang tutup akaun Najib sebab tidak selesa - Saksi
Saksi memberitahu mahkamah bahawa cadangan untuk menutup akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat oleh bekas pengarah urusan kumpulan bank, R Ashok.

Bekas pegawai bank terkejut Jho Low nafi berbual dengannya mengenai akaun Najib
Jho Low memberitahu SPRM dia tidak pernah berkomunikasi dengan Joanna Yu Ging Ping mengenai pengurusan akaun bank Najib.

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.

Peguam Najib nafi permohonan tangguh prosiding taktik lengahkan rayuan kes SRC
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada dakwaan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan oleh bekas peguam Najib adalah taktik untuk melengah-lengahkan prosiding kes itu.

'Rayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan'
Keseluruhan rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.