PUTRAJAYA: Hampir kesemua RM4 bilion yang dilaburkan SRC International ke dalam beberapa entiti tertentu, langsung tidak mendatangkan hasil, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berkata, atas kertas cadangan, ia kelihatan bagus, tentang usaha untuk meneroka sektor tenaga boleh diperbaharui.
Namun, tegasnya lagi, tiada apa-apa pulangan yang diterima daripada pecahan pelaburan kononnya dari SRC International – RM3.6 bilion untuk institusi kewangan di Switzerland, dan selebihnya dilaburkan industri batu arang di Mongolia, dan tenaga boleh diperbaharui di Indonesia.
“Kesemua pelaburan RM4 bilion ini adalah penipuan. Tiada apa yang berlaku dengan pelaburan itu. Dana keluar dan masuk, tetapi nampaknya tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“Sekiranya mereka (pembelaan) berjaya menunjukkan pulangan, itu bukan pembelaan yang berkesan. Anda tidak boleh melaburkan sejumlah wang, dan masukkan RM42 juta daripadanya ke dalam akaun anda sendiri,” katanya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Sithambaram berkata demikian ketika membentangkan hujah balas di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Dua lagi hakim ialah Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, dan Datuk Has Zanah Mehat.
Sewaktu disoal pihak pendakwaan sebelum ini, Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pencapaian terbesar SRC International adalah meletakkan RM3.6 bilion di BSI Limited Bank di Lugano, Switzerland.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, wang itu khusus untuk pelaburan dalam sumber tenaga semula jadi, dan penyimpanan di bank berkenaan adalah untuk tujuan transit.
Bagaimanapun, dana itu telah dibekukan Kerajaan Switzerland selepas mendapati ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Sementara itu, baki daripada keseluruhan dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) telah dilaburkan untuk industri arang batu di Mongolia, dan industri tenaga boleh diperbaharui di Indonesia.
Dalam pada itu Sithambaram berkata, bukti jelas menunjukkan perayu (Najib) bertanggungjawab penuh bagi membolehkan SRC International mendapat Jaminan Kerajaan (GG) untuk dana RM4 bilion (KWAP) berkenaan.
Beliau berkata, bukti keterangan menunjukkan ahli-ahli panel KWAP bersetuju mereka tidak akan membenarkan pinjaman RM4 bilion itu kepada SRC International jika tiada Jaminan Kerajaan disediakan.
“Kita perlu ingat SRC International merupakan sebuah syarikat baharu, dengan modal berbayar RM1 juta, tiada rekod prestasi, tiada keuntungan jelas dari aktiviti perniagaan sebelum ini, dan tiada jaminan ke atas pinjaman RM4 bilion itu.
“Satu-satunya jaminan yang KWAP ada (dalam meluluskan pinjaman itu) ialah Jaminan Kerajaan, dan sudah jelas tiada penjamin yang lebih selamat berbanding Kerajaan Malaysia,”katanya lagi.
Sebagai rumusan, kata Sithambaram lagi, kesemua bukti yang diperoleh sepanjang perbicaraan, jelas menunjukkan rangkaian beberapa kejadian, dan akhirnya membentuk naratif untuk satu transaksi ke akaun peribadi.
“Tindakan dan keputusan Perayu berhubung SRC adalah untuk kepentingan peribadi beliau. Perayu terlibat dalam semua peringkat SRC - penubuhannya, permohonan pinjaman, jaminan kerajaan, pengagihan dana, kawalan ke atas kewangan syarikat, sehinggalah bagaimana dana masuk ke akaun peribadinya,” hujah Sithambaram lagi .
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.
Beliau kini dalam cubaan pertama untuk mengenepikan hukuman yang disabitkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu.
Firdaus Azil
Thu Apr 15 2021

Sithambaram (tengah) berkata, jika ada keuntungan sekalipun, tidak bermaksud boleh membawa dana masuk ke akaun peribadi. - Gambar fail

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Mahkamah | Buli junior: Empat pelajar mengaku bersalah
Empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Seremban dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera ke atas pelajar tingkatan satu pada dua minggu lalu. Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap dibacakan dihadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.

Najib dakwa bekas pengurusan SRC sebabkan kerugian berbilion ringgit
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa berbilion ringgit dana SRC International Sdn Bhd telah diselewengkan melalui pelaburan meragukan yang dibenarkan oleh bekas pengarah dalam pengurusan terdahulu.

Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei
Jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah Tinggi arah Najib fail pernyataan pembelaan
Saman AS$1.18 bilion difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.

SRC peroleh injunksi mareva halang Najib pindahkan aset bernilai sehingga RM42 juta
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini.

Isu kedudukan JAKIM, hutang 1MDB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Abdul Latif Abdul Rahman mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja.

SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

SRC International: Tujuh tuduhan Najib boleh dibatalkan, wujud konflik kepentingan - Peguam
7 pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas PM boleh dibatalkan susulan kegagalan Hakim Datuk Mohd Nazlan mendedahkan jawatannya selaku antara lain setiausaha syarikat.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu
Permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.