KUALA LUMPUR:Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan didengar pada 15 Feb depan.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam menetapkan 12 hari bermula 15 hingga 18 Feb, 22 hingga 25 Feb dan 1 hingga 4 Mac depan untuk pendengaran rayuan berkenaan, semasa pengurusan kes hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Adrin Kamaril dan peguam Harvinderjit Singh dan Nur Syahirah Hanapiah, yang mewakili Najib, hadir semasa pengurusan kes tersebut.
Pada 30 Julai, Najib memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan RM42 juta dana SRC.
Dua hari sebelum itu, ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes CBT dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan kedudukan.
Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.
Pada 7 Ogos, pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara dan jumlah denda terhadap bekas perdana menteri itu.
Pada 25 Sept, Najib memperoleh lanjutan masa 30 hari untuk memfailkan petisyen rayuannya selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk lanjutan masa.
Mengenai rayuan balas pihak pendakwaan, difahamkan bahawa berikutan pihak pendakwaan tidak memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan atau memohon untuk lanjutan masa, rayuan itu luput.
BACA: SRC International: Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Pada 25 Sept, Najib memperoleh lanjutan masa 30 hari untuk memfailkan petisyen rayuannya selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk lanjutan masa. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.