PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menetapkan tiga hari bermula 14 Mei untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib Mohd Razi selaku responden berkata prosiding pendengaran rayuan itu, ditetapkan pada 14 hingga 16 Mei ini.
"Pada hari sama, mahkamah juga akan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima daripada enam bekas penuntut UPNM itu, serta 12 rakannya kerana mencederakan Zulfarhan," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding sebutan kes itu.
Terdahulu, pada prosiding itu, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan permohonan pihak pendakwaan selaku perayu, untuk memfailkan petisyen rayuan di luar tempoh masa selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, memaklumkan tiada bantahan daripada pihak responden terhadap permohonan tersebut.
Dua hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.
Kesemua 18 bekas penuntut UPNM yang kini berumur 28 tahun, hadir pada prosiding hari ini.
Pada 2 Nov 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti UPNM, kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Lima lelaki itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Hakim Azman dalam keputusannya mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya, selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan.
Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi telah dilepaskan daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
Dua belas penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Hisyam berbincang bersama para peguam yang mewakili bekas penuntut UPNM ketika ditemui media hari ini. - Foto Bernama
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
[TERKINI] Suspek bukan anggota JI - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tidak wajar gelar Islam sebagai agama keganasan
Tidak wajar bagi segelintir pihak melabel Islam kononnya sebagai agama keganasan.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib Mohd Razi selaku responden berkata prosiding pendengaran rayuan itu, ditetapkan pada 14 hingga 16 Mei ini.
Rayuan pendakwaan kes VLN Ahmad Zahid: Pengurusan kes ditetapkan 17 Feb
Tarikh pengurusan kes baharu itu disahkan oleh sumber ketika dihubungi.
Pengurusan kes rayuan pendakwaan dalam kes bunuh CEO Cradle Fund pada 12 Jan
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund Nazrin Hassan.
Pendakwaan rayu keputusan mahkamah benar Peter gantung hukuman, sabitan untuk bertanding PRU15
Pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Peter Anthony menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.