PUTRAJAYA: Peguam Hisyam Teh Poh Teik akan menjadi peguam utama dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan.
Firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) memaklumkan bekas perdana menteri itu melantik Hisyam sebagai peguam utama dan Liew Teck Huat serta Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.
Menerusi satu surat dialamatkan kepada Pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan firma tersebut turut menyatakan bahawa barisan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak lagi mewakili Najib dalam kes rayuan akhir tersebut.
BACA: Rayuan SRC International: Najib gugurkan Muhammad Shafee, lantik peguam lain
“Dalam hal ini, kami dengan penuh hormatnya memohon supaya mahkamah merekodkan penukaran peguamcara dan kaunsel (peguam),sepertimana yang dinyatakan.
“Selaras dengan penukaran ini, kami juga memohon mahkamah untuk menetapkan satu tarikh sebutan dan tarikh pengurusan baharu dengan segera mengikut keselesaan mahkamah bagi membolehkan kaunsel mengemukakan maklumat terkini dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada mahkamah.
“Oleh kerana pengurusan kes ditetapkan pada 29 Julai ini rayuan pada 15 hingga 26 Ogos ini, kami berharap bahawa perkara ini boleh diuruskan dengan kadar segera bagi membolehkan pihak mendapatkan arahan yang diperlukan daripada mahkamah,” menurut surat itu.
BACA: Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
BACA: SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan firma guaman ZIST akan bertindak sebagai peguamcara baharu bagi kes rayuan akhir SRC International Sdn Bhd selepas barisan peguam diketuai Muhammad Shafee digugurkan daripada kes berkenaan.
Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang bertugas di Tetuan Shafee & Co mengesahkan mengenai surat yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Hisyam merupakan peguam kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.
Untuk rekod, pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Astro Awani
Tue Jul 26 2022

Hisyam Teh Poh Teik akan menjadi peguam utama dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan. - Gambar fail

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.

Peguam Najib nafi permohonan tangguh prosiding taktik lengahkan rayuan kes SRC
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada dakwaan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan oleh bekas peguam Najib adalah taktik untuk melengah-lengahkan prosiding kes itu.

'Rayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan'
Keseluruhan rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Kes SRC: Peguam pertikai senarai hakim yang dengar semakan Najib
Muhammad Shafee membantah komposisi panel hakim yang turut menyenaraikan nama Abu Bakar.

Lima panel hakim mula dengar permohonan semakan Najib
Permohonan semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman.