PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak melantik barisan peguam baharu dengan firma peguam Tetuan Shafee & Co diterajui Tan Sri Mohd Shafee Abdullah selepas ini tidak lagi mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan membabitkan kes rasuah SRC International.
Menerusi satu surat kepada Mahkamah Persekutuan pada Selasa, firma tersebut memaklumkan bahawa Najib telah memberhentikannya daripada mewakili bekas Menteri Kewangan itu.
Surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara itu dihantar kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan tertera tarikh 26 Julai 2022.
BACA: SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam.
Kandungan surat itu antara lain menyatakan Najib memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.
"Sila ambil perhatian bahawa pada 25 Julai 2022, jam lebih kurang 5.00 petang, pihak kami telah menerima sesalinan surat dari Najib Razak (“Perayu”) yang mana perayu telah memberhentikan (discharged) dengan serta merta Tetuan Shafee & Co. daripada bertindak sebagai kaunsel dan peguamcara yang mewakili beliau di dalam Rayuan-Rayuan Jenayah ini dan Prosiding-Prosiding berkenaan," menurut surat tersebut.
Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang bertugas di Tetuan Shafee & Co mengesahkan mengenai surat yang difailkan di mahkamah itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Perkara itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 29 April yang disediakan kepada media, dan ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Hafiizullaah [email protected] Md Salleh yang memaklumkan tarikh bagi mendengar rayuan bekas perdana menteri itu ialah pada 15 hingga 19 Ogos dan 22 hingga 26 Ogos.
Menurut surat itu, kedua-dua pihak (pembelaan dan pendakwaan) turut diarah mengemukakan hujahan bertulis sebelum 31 Julai.
Astro Awani
Tue Jul 26 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak melantik barisan peguam baharu dengan firma peguam Tetuan Shafee & Co diterajui Tan Sri Mohd Shafee Abdullah selepas ini tidak lagi mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan membabitkan kes rasuah SRC International.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.

Peguam Najib nafi permohonan tangguh prosiding taktik lengahkan rayuan kes SRC
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada dakwaan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan oleh bekas peguam Najib adalah taktik untuk melengah-lengahkan prosiding kes itu.

'Rayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan'
Keseluruhan rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Kes SRC: Peguam pertikai senarai hakim yang dengar semakan Najib
Muhammad Shafee membantah komposisi panel hakim yang turut menyenaraikan nama Abu Bakar.

Lima panel hakim mula dengar permohonan semakan Najib
Permohonan semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman.

Mahkamah Persekutuan dengar permohonan semakan Najib batal sabitan kes SRC esok
Esok, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun denda terhadapnya.

Gopal Sri Ram dilapor masuk ICU
Memetik laporan New Straits Times, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu dipercayai sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.