PASIR PUTEH: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit berkaitan pengurusan dan aset Lembaga Tabung Haji (LTH) akan diteruskan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menjelaskan, untuk itu Kabinet akan memutuskan tentang terma dan syarat RCI berkenaan dalam tempoh terdekat.
Selain itu beliau memaklumkan Ahli Jawatankuasa yang bakal menganggotai RCI itu juga sudah dikenal pasti.
“Untuk kali ini Kabinet akan memutuskan juga soal terma dan syarat RCI (LTH) tetapi tidak lari dari tempoh RCI itu yang bermula 2014 sehingga 2020 seperti mana yang diputuskan sebelum ini.
“Kesemua transaksi dan apa jua bentuk urusan LTH perlu kepada penyiasatan kerana berbangkit di luar sama ada melalui Parlimen atau penulisan dan menimbulkan keresahan dan akan dirungkai melalui RCI itu,” katanya di sini hari ini.
BACA: Kerajaan setuju tubuh RCI siasat Lembaga Tabung Haji - TPM
Ahmad Marzuk ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Qaseh Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perumahan nelayan Tok Bali hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan berhubung RCI yang ditubuhkan pada Julai lalu sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan sebelum ini bersetuju menubuhkan RCI terbabit mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas perkara berbangkit membabitkan aset, pengurusan dan perkara yang menjadi pertikaian dengan tujuan mengembalikan keyakinan pendeposit terhadap institusi berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Sun Sep 26 2021
Kerajaan sebelum ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
RCI LTH: Kabinet putuskan terma dan syarat dalam tempoh terdekat - Marzuk
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit berkaitan pengurusan dan aset Tabung Haji (TH) akan diteruskan.