awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rebah sebelum meninggal dunia ketika kuliah subuh

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2024
08:30 MYT
Rebah sebelum meninggal dunia ketika kuliah subuh
Yahya meninggal dunia ketika mengikuti kuliah subuh di Masjid Negeri, di sini pada Ahad. -Gambar/ Ihsan pembaca
ARAU: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis dilaporkan meninggal dunia ketika mengikuti kuliah subuh di Masjid Negeri, di sini pada Ahad.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Asisten Superitenden Mohd Norzuki Husain berkata, Yahya Kadir, 65, tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika kuliah berlangsung selepas solat Subuh.
Katanya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.10 pagi.
"Saya difahamkan Yahya bukan ahli kariah masjid itu, namun tetap hadir jika ada program kuliah yang dianjurkan pihak pentadbiran masjid.
"Ketika sedang duduk mendengar kuliah, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Jemaah masjid cuba membantu namun tiada tindak balas," katanya di sini pada Isnin.
Menurutnya, pihak masjid menghubungi ambulans dan arwah disahkan meninggal dunia oleh paramedik bertugas.
"Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, namun rekod kesihatan menunjukkan dia adalah pesakit diabetes dan darah tinggi," katanya.
Jenazah dikebumikan di Tambun Tulang dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan 2024
#meninggal dunia
#solat subuh
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan