PETALING JAYA: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membidas pihak tertentu yang mengatakan perjuangan reformasi yang dibawa parti itu sejak 25 tahun lepas telah terkubur.
Sebaliknya, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, titik perubahan dan reformasi yang dibawa PKR masih terus dilaksanakan biarpun terdapat beberapa "perkembangan yang menjadi persoalan" di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
"Sebenarnya orang-orang ini sangat takut dan bimbang dengan reformasi dan tak mahu ia terus berlaku," katanya pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR Selangor 2023, di sini, malam tadi.
Amirudin percaya reformasi ke arah kebaikan akan terus mekar dan berkobar-kobar dalam hati rakyat Malaysia dan ia tidak akan mati, sebagaimana reformasi yang berlaku di seluruh dunia.
Beliau berkata, kelompok berkenaan mahu gerakan reformasi itu mati kerana mereka tahu bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah membawa perubahan demi perubahan untuk negara.
"Justeru perubahan itu bukan hanya ditandai dengan kemenangan dalam pilihan raya atau kejayaan membentuk kerajaan majoriti dua pertiga, tetapi ditentukan oleh kecekalan semangat rakyat yang percaya bahawa perubahan perlu terus dilakukan (demi kebaikan).
Marilah sama-sama pada sambutan 25 tahun reformasi ini, kita bangunkan keyakinan untuk kita terus berjuang dan bekerja untuk pastikan reformasi ini terus hidup, bukan hanya 10 tahun tetapi 100 tahun ke hadapan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya, pada Rabu. - Gambar BERNAMA
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
CAF 2024: Perdagangan antarabangsa perlukan reformasi segera - PM Anwar
Sistem perdagangan antarabangsa memerlukan reformasi segera kerana masih terdapat beberapa amalan perdagangan yang tidak adil.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
Dilantik secara rasmi pada 12 Ogos, beliau menerima arahan pertamanya pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
Gerakan reformasi lalui pelbagai dugaan dalam tempoh 26 tahun - Fahmi
"Tiada sahabat atau musuh yang kekal, hanya kepentingan bersama, iaitu keadilan untuk rakyat," kata Fahmi Fadzil.
Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.
PM mahu langkah reformasi pentadbiran awam dilaksanakan segera
Anwar berkata, bulan September ini dijangka menjadi bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.
Keperluan mendesak laksana reformasi perkukuh keselamatan pekerja
Terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi keselamatan secara menyeluruh di semua industri.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.