awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi sistem kehakiman: Malaysia kaji amalan terbaik negara luar

Bernama
Bernama
10/07/2025
11:08 MYT
Reformasi sistem kehakiman: Malaysia kaji amalan terbaik negara luar
Menurut BHEUU JPM, perbincangan itu diadakan susulan keprihatinan rakyat mengenai reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin integriti institusi itu sebagai tunjang kedaulatan undang-undang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu kajian perbandingan awal mengenai pendekatan sistem pelantikan kehakiman di beberapa negara terpilih akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah reformasi sistem kehakiman negara.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dalam kenyataan memaklumkan kajian itu melibatkan United Kingdom, India, Australia dan Singapura yang mempunyai sistem kehakiman serupa dan dijangka memberikan kefahaman holistik terhadap proses pelantikan kehakiman di negara berkenaan.
"Kajian perbandingan awal ini akan memberi kefahaman holistik tentang proses pelantikan kehakiman di negara-negara dengan sistem yang serupa bagi membolehkan Malaysia menilai secara berasaskan keterangan keperluan reformasi dan menyesuaikan amalan terbaik mengikut konteks negara.
"Kajian ini juga bertujuan untuk menilai model pelantikan kehakiman yang berkesan, mengenal pasti amalan terbaik dan mengesyorkan pembaharuan sesuai bagi konteks Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," menurut kenyataan itu.
Perkara itu dikemukakan dalam satu perbincangan awal yang diadakan hari ini melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-Undang Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol.
Turut serta dalam perbincangan itu Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat William Leong Jee Keen yang juga Ahli Parlimen Selayang.
Menurut BHEUU JPM, perbincangan itu diadakan susulan keprihatinan rakyat mengenai reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin integriti institusi itu sebagai tunjang kedaulatan undang-undang.
"Dalam sesi ini, kedua-dua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas turut menyampaikan kebimbangan berhubung perkembangan terkini mengenai isu pelantikan kehakiman dan menekankan kepentingan penelitian yang lebih mendalam bagi memastikan proses tersebut lebih telus dan diyakini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, BHEUU JPM turut mengalu-alukan pandangan serta maklum balas orang awam sebagai sebahagian daripada pendekatan inklusif yang diambil dalam kajian tersebut.
"Pendekatan inklusif ini penting bagi memastikan setiap perspektif diambil kira sebelum hasil kajian dibentangkan bagi pertimbangan Jemaah Menteri.
"Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh keyakinan awam dengan melaksanakan reformasi yang berasaskan keterangan dan telus," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem pelantikan kehakiman
#kefahaman holistik
#Azalina Othman Said
#reformasi sistem kehakiman negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan