awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 13 tahun terselamat dari terbakar hidup-hidup

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/06/2018
00:33 MYT
Remaja 13 tahun terselamat dari terbakar hidup-hidup
Lebih 70 peratus kediaman dua tingkat itu musnah dalam kejadian kebakaran tersebut. - Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Nyawa seorang remaja perempuan 13 tahun nyata masih panjang apabila dia hampir maut dalam kejadian kebakaran membabitkan rumahnya di Jalan Nyior Cabang, Langkawi malam tadi.
Pelajar tingkatan satu itu nyaris pitam apabila dia mengalami sesak nafas selepas cuba menyelamatkan diri ketika rumahnya dijilat api dan asap tebal memenuhi setiap ruang.
Menurut Komander Operasi Zon 4, Timbalan Penguasa Bomba Johari Lazim, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 malam dan mendapati mangsa terbaring di luar rumah tersebut selepas diselamatkan oleh pihak keluarga.
Jelas beliau, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dikerahkan ke tempat kejadian yang membabitkan kediaman dua tingkat.
Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut dalam tempoh 15 minit.
Namun kediaman itu mengalami kemusnahan lebih 70 peratus dan punca serta nilai kerugian masih lagi disiasat.
Remaja berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Cuba
#Hospital
#kebakaran
#keluarga
#Langkawi
#mangsa
#maut
#nilai
#operasi
#pelajar
#remaja
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan