awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun ditahan tinggal sebilik bersama teman lelaki dikenali melalui WhatsApp

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/01/2024
11:05 MYT
Remaja 14 tahun ditahan tinggal sebilik bersama teman lelaki dikenali melalui WhatsApp
Tiga pasangan lelaki dan wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kenari, Kulim, hari ini.
KULIM: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana dipercayai bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 20 tahun di sebuah rumah di Taman Kenari, di sini pada Jumaat.
Pasangan itu ditahan oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan serbuan pada jam 11.30 pagi tadi.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat di rumah terbabit sebelum melakukan pemeriksaan dengan dibantu jemaah surau taman perumahan itu.
"Kita mendapati pintu rumah tertutup. Sebaik pintu rumah diketuk, ia dibuka salah seorang penghuni wanita rumah berkenaan dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
"Hasil pemeriksaan menemui remaja 14 tahun itu bersama lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah bilik. Turut ditahan dua lagi pasangan berusia antara 19 hingga 20-an dalam bilik berasingan dalam rumah itu.
“Remaja 14 tahun itu yang masih bersekolah mengaku baru berkenalan dengan lelaki itu melalui WhatsApp sebelum berani mengikutnya ke rumah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen yang menunjukkan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri yang sah.
Katanya, semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#kes khalwat
#Remaja perempuan
#gejala sosial
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan