awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 19 tahun dipercayai edar dadah

Bernama
Bernama
30/11/2020
09:16 MYT
Remaja 19 tahun dipercayai edar dadah
Remaja lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot itu ditahan 7 malam semalam, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Juara bersama heroin yang dianggarkan seberat 19.85 gram dan syabu 1.30 gram.
KUANTAN:Usia baru menginjak 19 tahun, namun dipercayai terlibat mengedar dadah jenis heroin dan syabu sekitar Pulau Tioman, Rompin kira-kira 150 kilometer dari sini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata, remaja lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot itu ditahan 7 malam semalam, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Juara di pulau itu bersama heroin yang dianggarkan seberat 19.85 gram dan syabu 1.30 gram.
"Dadah itu dipercayai untuk jualan sekitar pulau ini berdasarkan kepada penemuan seunit penimbang elektronik warna kelabu di rumah tersebut selain dadah juga ditemukan dibungkus dalam 26 plastik bungkusan kecil.
"Dadah tersebut ditemukan disembunyikan dalam peti besi, dalam satu daripada bilik tidur di rumah tersebut dan dipercayai suspek boleh menjualnya sehingga RM1,130," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Azari berkata selain dadah, polis turut merampas dua telefon pintar dan suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin pada esok (2 Dis) dengan menaiki feri.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja 19 tahun
#edar dadah
#heroin dan syabu
#Pulau Tioman
#Rompin
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan