KOTA BHARU: Polis menyelamatkan seorang remaja autistik dari Kulai Johor yang hilang sejak Sabtu lalu dalam satu serbuan di Kampung Sat, Tanah Merah pada Khamis.
Dipercayai remaja berusia 16 tahun itu menjadi mangsa rogol setelah dilarikan suspek yang merupakan seorang guru al-Quran berbangsa Rohingya.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh mangsa bahawa suspek merogolnya bermula pada 14 Ogos sehingga pada Khamis lalu.
"Menurut keterangan mangsa, pada 13 Ogos sekitar jam lebih 9.30 malam dia telah dibawa oleh suspek yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurutnya, bertindak atas maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, sepasukan anggota dari JSJ IPD Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat.
Beliau berkata, serbuan itu dilakukan berpandukan kepada kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarga.
Muhamad Zaki berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan penghidap autisme telah dilaporkan hilang di Kulai.
"Sekitar jam 2.30 petang pada Khamis, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh anggota JSJ IPD Tanah Merah.
"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Menurutnya, pada hari yang sama sekitar jam 6.28 petang, IPD Tanah Merah telah menerima laporan berkait kes rogol melibatkan remaja berkenaan.
"Suspek merupakan warganegara Myanmar berusia 23 tahun telah direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
"Dikatakan suspek mengajar al-Quran, bagaimanapun polis akan membuat semakan mengenai kesahihan perkara tersebut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 20 2022
Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar hiasan
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Remaja autistik hilang di Johor ditemui, dipercayai dirogol
Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan penghidap autisme telah dilaporkan hilang di Kulai.
Remaja autisme hilang dua hari ditemui di puncak gunung
William Callaghan, 14 tahun yang hilang ketika mendaki Gunung Disappointment bersama keluarganya, ditemui pada Rabu.