awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/08/2020
07:56 MYT
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Kebakaran pusat tahfiz yang yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyebabkan seluruh negara berduka. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati seorang remaja berusia 19 tahun, suspek utama dalam insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden sebagai bersalah.
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika menyampaikan keputusan berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pihak pendakwaan pula, katanya lagi, telah mewujudkan prima facie ke atas kesemua pertuduhan yang dinyatakan.
Bagaimanapun, jelas beliau lagi, memandangkan jenayah itu dilakukan ketika tertuduh berusia 16 tahun, maka Seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 terpakai, dan remaja berkenaan dikenakan perintah tahanan selama yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya memutuskan penama satu gagal mewujudkan keraguan munasabah atas kesemua 23 pertuduhan di bawah Seksyen 302 Membunuh Dengan Sengaja, dan pihak pendakwaan membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa keraguan.
“Oleh itu saya mendapati tertuduh telah melakukan jenayah tersebut, dan disabitkan,” kata Azman lagi.
Sementara itu, peguam bela Haijan Omar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya dalam masa yang terdekat.
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namun, ketika ditemui media di luar kamar, Haijan berkata, pihaknya berasa tidak puas hati dengan keputusan itu, dan anak guamnya bertegas tidak melakukan jenayah yang disabitkan itu.
"Kita semestinya tidak berpuas hati kepada keputusan hari ini, dan kita mendapat arahan untuk memfailkan rayuan kepada mahkamah lebih tinggi....jadi kita akan failkan rayuan dalam masa yang ditetapkan, kita lihat kepada keputusan bertulis Mahkamah Tinggi ini dan kita bergerak dari situ.
"Ahli keluarga anak guam saya bersedih, tetapi mereka faham ini bukan pengakhiran. Kita ada peringkat lain lagim jadi kita akan melalui proses yang adil," katanya kepada pemberita.
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memberitahu media, pihaknya sudah melakukan yang terbaik mungkin, tetapi membayangkan kekecewaan sepatutnya seorang lagi suspek turut dibicarakan.
"Kita terima keputusan itu sebab kita pun dah buat kes itu dengan sebaik mungkin. Tapi itulah seorang saja dipanggil pembelaan dan disabitkan, manakala satu lagi (suspek) tak dapat dicamkan.
"Tetapi kita terima keputusan itu dan Alhamdulillah, kes dah selesai dan sekarang ni menunggu untuk peringkat rayuan," katanya lagi.
Tragedi menyayat hati pada 14 September 2017 telah mengorbankan 21 pelajar tahfiz dan dua warden di Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran.
Kebakaran pusat tahfiz yang yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini itu menyebabkan seluruh negara berduka.
Topic Berkaitan
#23 nyawa terkorban
#Kampung Datuk Keramat
#pelajar tahfiz
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan