awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dibelasah beramai-ramai, 10 lelaki ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2025
10:00 MYT
Remaja dibelasah beramai-ramai, 10 lelaki ditahan
Keadaan remaja didakwa dipukul secara berkumpulan. -Sinar Harian
SEREMBAN: Polis menahan 10 lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ke atas seorang lelaki di Kampung Sentosa Jaya pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Polis menahan 10 lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ke atas seorang remaja di Kampung Sentosa Jaya.
  • Kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham antara mangsa dengan salah seorang suspek yang menyangka mangsa telah mencederakan adiknya.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan polis memohon saksi awam untuk tampil membantu siasatan.

Kejadian itu tular di media sosial selepas mangsa seorang remaja berusia 17 mengalami cedera di bahagian muka akibat dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 pagi berhampiran kedai makan dan gelanggang futsal.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham antara mangsa dengan salah seorang suspek yang menyangka mangsa telah mencederakan adiknya.
"Aduan dibuat bapa mangsa selepas anaknya telah dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.
"Kesan kejadian itu mangsa mengalami cedera lebam di mata dan sakit seluruh badan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, polis memandang serius sebarang bentuk keganasan dan pada masa sama menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi tidak benar.
Beliau turut memohon saksi awam yang melihat kejadian itu agar tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban untuk soal siasatan dan proses permohonan reman akan dilakukan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kampung Sentosa Jaya
#10 ditahan merusuh
#dipukul secara beramai-ramai
#selisih faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan