PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan agar dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kes itu.
Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili remaja berumur 15 tahun itu, dalam kenyataan hari ini memaklumkan notis usul untuk ikat jamin telah difailkan hari ini.
Remaja itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Feb lepas atas pertuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Seri Bandi antara 7 dan 9 pagi pada 8 Feb.
Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
Permohonannya untuk dirujuk bagi penilaian kesihatan mental turut ditolak oleh mahkamah sama.
Remaja itu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret yang tidak membenarkannya diikat jamin namun ditolak pada 8 Mac.
Mahkamah Tinggi bagaimanaapun membenarkan sebahagian permohonan semakan remaja itu dan memerintahkan agar dia dirujuk untuk menjalani penilaian psikiatri.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hukuman itu akan digantikan dengan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.
Pada 18 Feb lepas, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa ia masih boleh menyiasat dan menyemak pertuduhan membunuh terhadap remaja itu yang didakwa menikam bayinya sehingga mati serta menggantikannya dengan pertuduhan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Remaja itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Feb lepas atas pertuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Seri Bandi antara 7 dan 9 pagi pada 8 Feb. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Remaja perempuan bakar rumah di Wangsa Maju selepas pergerakan disekat
Seorang remaja perempuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju kerana dikatakan tidak puas hati pergerakannya disekat.