awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dipercayai lemas terjatuh dari bot nelayan

Bernama
Bernama
30/09/2015
12:03 MYT
Remaja dipercayai lemas terjatuh dari bot nelayan
Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan kira-kira lima batu nautika berhampiran Pulau Songsong dan Pulau Bunting di Yan. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan kira-kira lima batu nautika berhampiran Pulau Songsong dan Pulau Bunting di Yan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata mangsa dikenali Mohd Khairul Azimi Dillah yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.58 pagi tadi dan tiba di Jeti Kuala Sungai Udang, Yan pada 11.09 pagi dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota Bomba serta sebuah bot penyelamat.
"Kita bersedia di pesisir pantai sahaja kerana kejadian di luar kawasan bomba. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini
Topic Berkaitan
#lemas
#mohd firdaus bukari
#mohd khairul azimi dillah
#pulang songsong
#Pulau Bunting
#remaja lelaki
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan