awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja, kanak-kanak maut tercampak keluar kereta

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/02/2019
02:04 MYT
Remaja, kanak-kanak maut tercampak keluar kereta
Kereta itu dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal sebelum terbabas dan dilanggar sebuah bas. - Astro AWANI/Shuhada Abdul Kadir
Seorang remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kilometer 265.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian sekitar 1.50 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona tercampak keluar dan disahkan maut di lokasi kejadian.
“Kereta Persona itu dari arah Kuala Lumpur ke selatan dan dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal. Kemudian kereta itu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing dan dilanggar sebuah bas dari arah belakang.
“Seorang kanak-kanak lelaki dan remaja perempuan tercampak keluar manakala lima yang lain menaiki kenderaan sama terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang bayi lelaki mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Lima penumpang kereta lain termasuk seorang bayi cedera parah dalam kejadian di Kilometer 265.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). - Astro AWANI/Shuhada Abdul Kadir
Mengulas lanjut, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.57 pagi sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi dan tiba pada pukul 2.12 pagi.
Tambahnya kesemua 29 penumpang dan pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mangsa yang maut dan cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaa’far untuk rawatan lanjut,” katanya.
Topic Berkaitan
#bayi
#cedera
#Kanak-kanak
#kemalangan
#kereta
#maut
#Norazam Khamis
#PLUS
#Proton
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan