awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja koma dilanggar bot meninggal pagi tadi

Bernama
Bernama
16/09/2014
11:35 MYT
Remaja koma dilanggar bot meninggal pagi tadi
Dalam kejadian tengah hari itu, Muhamad Hidayat yang sedang mandi di pantai dilanggar bot yang menarik 'bot pisang'.
Remaja yang cedera parah akibat dilanggar bot di pantai Telok Kemang, Port Dickson pada 7 Sept lepas, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini pagi tadi.
Menurut bapanya Ramlan Pardi, 50, anaknya Muhamad Hidayat, 23, meninggal dunia pada pukul 5.40 ketika menerima rawatan akibat paru-parunya gagal berfungsi.
"Akibat kejadian itu, anak saya patah rusuk kiri dan mengalami kecederaan dalaman pada paru-parunya hingga menyebabkan dia koma selama seminggu dan meninggal dunia pagi ini," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata jenazah anaknya akan dibawa ke rumahnya di Kuarters Perumahan Polis Desa Baiduri, Cheras untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat zohor.
Dalam kejadian tengah hari itu, Muhamad Hidayat yang sedang mandi di pantai dilanggar bot yang menarik 'bot pisang'.
Semalam pemandu bot pisang itu Mohd Amirol Yasli, 21, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengendalikan bot dengan cuai sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung pantai.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM2,500 sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan kes disebut semula pada 16 Okt.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zulkifli Adamsah berkata siasatan terhadap pemandu bot terbabit akan diklasifikasi semula berikutan kematian mangsa.
Topic Berkaitan
#bot
#kemalangan
#Muhamad Hidayat
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan