KUALA LUMPUR: Ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di sini kerana mendakwa tidak tahan dibuli, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku kepada anaknya.
Shuhada Jamaludin, 38 berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas keadaan anaknya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, berada dalam keadaan stabil.
"Doktor berkata buat masa ini keadaan anak saya masih belum stabil dan perlukan rehat, selepas dia benar-benar sihat baru saya akan buat laporan polis tentang kejadian buli yang dialami anak saya. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.
Buat masa ini saya tidak mahu desak dia untuk bercerita, saya tunggu emosi dan keadaan dia stabil dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Shuhada anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebelum ini itu pernah mengadu dirinya dibuli, namun beliau menganggapnya tidak serius dan memintanya menyelesaikan masalah yang dialami dengan dengan individu berkenaan secara baik.
Bagaimanapun beliau tidak menyangka anaknya tertekan dengan perkara itu sehingga bertindak nekad melarikan diri dari asrama sekolah pada pukul 3 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.
Ditanya sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menghubungi beliau mengenai kejadian berkenaan, Shuhada berkata setakat ini tiada mana-mana individu daripada kementerian berkenaan menghubunginya.
KPM dalam kenyataannya pada malam ini memaklumkan pihak kementerian sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan kejadian buli berkenaan melibatkan pelajar berkenaan dan akan memastikan perkara itu diselesaikan segera.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Shuhada Jamaludin, berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas keadaan anaknya yang kini sedang menerima rawatan di HCTM Cheras, berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail/Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Remaja lari asrama kerana mendakwa dibuli, ibu akan buat laporan polis
Ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku kepada anaknya.