awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Bernama
Bernama
04/01/2025
13:00 MYT
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, dekat sini petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.07 petang dan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut digegaskan ke lokasi.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, mangsa Azri Fahmi, 14, bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut sebelum terjatuh dan hanyut dibawa arus Sungai Pahang.
"Pasukan bomba membuat pencarian penyelamatan di permukaan air dengan menggunakan bot orang kampung pada jarak 1.5 kilometer. Pusat Gerakan Operasi telah mengaktifkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi menyelamat sedang berjalan dengan kerjasama pihak polis dan bantuan orang kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#dikhuatiri lemas
#terjatuh dalam Sungai Pahang
#Kampung Jerantut Feri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan