REMBAU: Remaja perempuan yang disyaki dirogol oleh bapa kandungnya di Kendong, di sini, telah dibawa ke lokasi kejadian untuk mencari bukti baharu berhubung kes itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata tempoh reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu yang tamat pada hari ini akan dilanjutkan dan pihaknya akan meminta tempoh itu dipanjangkan empat hari lagi.
"Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut. Kita bawa mangsa keluar sekejap dari hospital untuk ke lokasi kejadian dia dirogol iaitu di rumahnya.
"Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022," katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Kota, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan lelaki itu ditahan kerana dipercayai memukul dan menendang mangsa sehingga cedera selepas remaja itu memaklumkan kejadian rogol itu kepada teman wanitanya.
Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 akta sama serta Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Lelaki itu ditahan kerana dipercayai memukul dan menendang mangsa sehingga cedera selepas remaja itu memaklumkan kejadian rogol itu kepada teman wanitanya.- Gambar hiasan
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Remaja mangsa rogol bapa dibawa ke lokasi kejadian, cari bukti baharu
Remaja perempuan yang disyaki dirogol oleh bapa kandungnya di Kendong, di Rembau telah dibawa ke lokasi kejadian untuk mencari bukti baharu.
Dakwaan rogol remaja: Siasatan merangkumi semua aspek, telus - Polis Kedah
Polis Kedah akan menjalankan siasatan terperinci dan telus melibatkan pegawai polis yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Sabtu lalu.
Dijanjikan vaksin COVID-19, sebaliknya diperkosa di rumah tinggal
Mereka ikat kaki dan tangan saya dan tutup mulut saya dengan sapu tangan, kata mangsa.
Seorang lagi lelaki warga asing didakwa rogol remaja tempatan bawah umur
Mohammad Hassan Mohammad Rafik, 24, pengawal keselamatan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Rogol remaja depan orang lain, anggota tentera dipenjara
Tertuduh Muhamad Bukhori Mohd Zawawi, 21, telah merogol mangsa berusia 18 tahun sekitar jam 11 malam 15 Oktober 2015 di kawasan Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan