awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut dipercayai mangsa langgar lari

Bernama
Bernama
05/07/2018
22:10 MYT
Remaja maut dipercayai mangsa langgar lari
Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di simpang tiga Jalan Persiaran Korporat, Taman Desa Cempaka, Nilai, di sini pada Khamis. -Gambar fail
Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di simpang tiga Jalan Persiaran Korporat, Taman Desa Cempaka, Nilai, di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata kejadian kira-kira 3.30 petang itu menyebabkan Muhammad Faizal Zakaria, 20, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Beliau berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuarters KLIA menuju ke Bandar Baru Nilai, hilang kawalan lalu bergesel di sebelah kanan kereta Proton Wira yang sedang menunggu untuk belok ke simpang Persiaran Korporat.
"Semasa hilang kawalan, mangsa juga telah melanggar cermin sisi sebuah lagi kereta jenis Honda Stream yang datang dari arah bertentangan dan mangsa kemudiannya terjatuh lalu dilanggar sebuah lagi kenderaan ang berada di belakang Honda Stream berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, katanya, kenderaan yang melanggar mangsa melarikan diri dari tempat kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan pemandu yang telah melanggar mangsa.
Beliau meminta saksi kejadian langgar lari itu membantu siasatan polis dengan menghubungi pengawai penyiasat Inspektor Mohd Syafiq Azmy di talian 014-5082450 bagi menyalurkan maklumat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Jalan Persiaran Korporat
#kemalangan
#langgar lari
#nilai
#Taman Desa Cempaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan