SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dipercayai berlumba haram di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang bersaing sesama sendiri dengan menunggang secara laju, melulu dan berbahaya dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.
Beliau berkata motosikal kedua-dua mangsa berumur 19 tahun itu dipercayai bergesel sesama sendiri dan menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan masing-masing sebelum terjatuh atas jalan raya.
"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 2.30 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, seorang mangsa meninggal dunia pada 6.50 pagi manakala seorang lagi masih dirawat di zon merah kerana mengalami kecederaan parah pada organ jantung, buah pinggang dan paru-paru," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Cha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya masih mengesan kumpulan penunggang motosikal terbabit untuk membantu siasatan.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-447 0162 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-3372 2222 atau mana-mana balai berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, tular dua video memaparkan dua penunggang motosikal terbaring di atas jalan raya selepas terjatuh dan dibantu sekumpulan lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dipercayai berlumba haram di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Lori sampah tersebut yang mengalami masalah brek melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Polis Perlis tumpu 11 lokasi 'hotspot' kemalangan dalam Op Selamat
Polis Perlis akan memberi tumpuan kepada 11 lokasi 'hotspot' yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam Op Selamat 22.