awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas

Bernama
Bernama
18/04/2019
22:00 MYT
Remaja maut tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas
Remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Sinar Harian
Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas di sebatang anak sungai di Ladang Fokus Bonanza Biak A di Dabong, Kuala Krai pada Khamis petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning berkata remaja itu dikenali sebagai Mohamad Amiraasyraf Azman yang berasal dari Kampung Biak A, Dabong, Kuala Krai.
"Pihak kami menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 5.15 petang yang mendakwa seorang remaja terjatuh dan tertimbus ke dalam anak sungai ketika sedang mendulang emas di kawasan itu.
"Siasatan awal mendapati remaja yang juga buruh itu pergi mendulang emas di kawasan berkenaan bersama bapanya sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh, yang menyebabkan Mohamad Amraasyraf tertimbus," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Abdullah berkata bapa Amaraasyraf kemudiannya mendapatkan bantuan rakan-rakan beliau untuk mencari anaknya, dan remaja itu dijumpai pada kira-kira pukul 6.40 petang Khamis, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Dabong mendapati remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#cari emas
#Kuala Krai
#mendulang emas
#Mohamad Amraasyraf Azman
#remaja maut
#tanah runtuh
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan