awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja meninggal dunia selepas rebah ketika main bola sepak

Sinar Harian
Sinar Harian
09/09/2024
10:15 MYT
Remaja meninggal dunia selepas rebah ketika main bola sepak
Hasil siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang dalam perlawanan bola sepak, tiba-tiba rebah, sebelum dibawa ke klinik berhampiran.
KAJANG: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia akibat masalah kompilasi jantung dan asma ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga jurulatih sebuah kelab bola sepak pada jam 4.08 petang.
"Hasil siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang dalam perlawanan bola sepak, tiba-tiba rebah, sebelum dibawa ke klinik berhampiran.
"Remaja tersebut kemudian dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.02 petang hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Naazron berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah kompilasi jantung dan asma.
"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.
Beliau berkata, semua pihak terutama ibu bapa dinasihatkan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja maut
#rebah ketika bermain bola
#padang Semenyih
#polis kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan