KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Kuala Kangsar-Manong pada Sabtu.
Nahas itu menyebabkan mangsa, Nurul Afizah Mohamad Zubir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bahtiar Yaacob berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu lelaki warga emas berusia 69 tahun ketika membelok ke kanan.
"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang dari arah Manong menuju ke Kuala Kangsar, tiba-tiba kereta yang berada di bahu jalan sebelah kiri telah masuk ke laluan motosikal.
"Kereta terbabit mahu membelok ke kanan untuk memasuki lorong Kampung Sementa, Kuala Kenas. Mangsa yang sedang mara tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Tambah Omar Bahtiar, pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023

Siasatan awal polis mendapati mangsa menunggang dari arah Manong menuju ke Kuala Kangsar, tiba-tiba kereta yang berada di bahu jalan sebelah kiri telah masuk ke laluan motosikal. - Gambar hiasan

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Pelajar UniSZA maut kemalangan dalam kampus
Mangsa, Wan Muhamad Azhar Izzuddin Wan Abdul Razak, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah, maut di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal maut kemalangan
Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala serta maut di lokasi kejadian.

Pekerja pos maut tak sempat sampai rumah
Menurut polis, sejurus tiba di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah lori lalu terjatuh.

Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu
Allahyarham Mohd Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.

Wanita bawa motosikal berkuasa tinggi maut terbabas
Mangsa berumur 36 tahun menunggang motosikal jenis Kawasaki Z1000 menghala dari arah Kepong menuju ke Sungai Long.

Dua beradik maut motosikal terlanggar belakang lori
Mohd Husaini dan Muhammad Amirul yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat cedera parah di kepala dan badan.

Maut terperosok bawah kereta
Kemalangan pada jam 1.15 tengah hari itu mengorbankan Rahman Hazrat, 31, manakala rakannya dikenali sebagai Altaf, 37, cedera ringan.

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta sedang memotong
Ahmad Halime, dari Kampung Bechah Sawa Mukim Siong, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ajal selepas berbuka puasa
Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai terbabas sendiri di garisan tengah.

Tiga maut, seorang parah, motosikal rempuh belakang treler
Dalam kejadian itu, empat motosikal yang sedang bergerak dari arah Alor Setar menuju ke Jabi telah melanggar belakang sebuah treler.