awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja, rakan ditahan jerut dan tikam ibu

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2016
15:05 MYT
Remaja, rakan ditahan jerut dan tikam ibu
Kedua-dua suspek kini dirahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. - Gambar Astro AWANI
Seorang remaja lelaki dan rakannya ditahan polis selepas didapati menjerut leher dan menikam ibunya di daerah Samarahan, Sarawak.
Kedua-dua remaja terbabit, masing-masing berusia 15 tahun ditahan polis pada awal pagi Khamis selepas mereka sendiri hadir ke balai polis Kota Samarahan untuk menyerah diri.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, remaja terbabit dikatakan menjerut leher ibunya yang berusia 43 tahun menggunakan tali pinggangnya manakala rakannya menikam perut wanita berkenaan menggunakan pisau dalam kejadian pukul 9 malam Rabu.
Pisau, pembaris
Sebilah pisau dan pembaris yang digunakan kedua-dua suspek. - Gambar Astro AWANI
Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya selepas mengambil kedua-dua suspek dan anak perempuannya yang berusia 9 tahun di pusat tuisyen di kawasan Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Semasa mangsa dijerut dan ditikam, adik perempuan suspek sempat menjerit dan jeritannya mendapat perhatian jiran berhampiran rumah mangsa.
Kedua-dua suspek keluar dari kereta dan sempat melarikan diri.
Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kedua-dua remaja itu kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#Dev Kumar
#Hospital Umum Sarawak
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan