MALAYSIA
Remaja terdedah buli dan gangguan seksual, pendidikan keselamatan diri jadi benteng awal

Pengerusi CPSKL, Tengku Asra Jehan Tengku Azlan berkenan menyampaikan sijil penghargaan atas kerjasama menjayakan Program Meniti Remaja. -Gambar CPSKL
SEREMBAN: Peningkatan kes buli, gangguan seksual dan jenayah siber dalam kalangan remaja di Malaysia menuntut intervensi awal melalui pendidikan keselamatan diri yang lebih menyeluruh dan menyentuh akar isu komuniti.
Ringkasan AI
- Peningkatan kes buli, gangguan seksual dan jenayah siber dalam kalangan remaja mendorong pelaksanaan Program Meniti Remaja oleh CPSKL, PDRM dan Galeri Diraja Tuanku Jaafar.
- Program ini menekankan pendidikan keselamatan diri, sokongan rakan sebaya dan intervensi kaunseling untuk membina kesedaran serta keupayaan melindungi diri.
- Kerajaan Negeri Sembilan komited memperluaskan program ke seluruh negeri sebagai usaha kolektif menangani cabaran sosial remaja secara berterusan.
“Kita tidak mahu hanya melindungi mereka, tetapi melahirkan pelajar yang tahu melindungi diri dan rakan mereka sendiri,” tegas Tengku Asra Jehan.
Beliau turut menekankan bahawa kolaborasi strategik antara pihak sekolah, agensi penguat kuasa dan pertubuhan masyarakat sivil perlu diperkukuh bagi memastikan pendekatan pencegahan dapat disampaikan secara holistik.

Pameran pendidikan berkenaan keselamatan diri dan isu buli siber turut dipamerkan oleh para pelajar sempena Program Meniti Remaja Peringkat Negeri Sembilan. - Gambar CPSKL
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), ASP Laizatulnorhasikin Mohd Adom pula berkata, kes melibatkan mangsa bawah umur bukan sahaja melibatkan pelaku dewasa, malah sering berlaku dalam kalangan rakan sebaya dan ahli keluarga.
“Ramai pelajar tidak sedar bahawa pelaku juga boleh datang daripada lingkungan terdekat. Kes-kes seperti cyber grooming dan sentuhan tidak selamat kini berlaku seawal usia tujuh tahun,” jelasnya.

Ceramah keselamatan turut disokong tayangan video pendidikan bertajuk “Jom Tonton Bersama”, yang membantu pelajar mengenal pasti perbezaan antara sentuhan baik dan sentuhan tidak wajar. - Gambar CPSKL
Program disusuli sesi interaktif yang dikendalikan wakil CPSKL, Tengku Yasmin Nastasha, yang menekankan kepentingan membina semangat saling menyokong dalam kalangan rakan sebaya dan menggalakkan pelajar melaporkan tingkah laku berisiko.
Sementara itu, Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Haji Lasim menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk memperluaskan program ini ke sekolah lain di seluruh negeri.
“Isu keselamatan remaja bukan lagi tanggungjawab sekolah semata-mata. Ini adalah cabaran sosial negara yang perlu ditangani secara kolektif dan berterusan,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami