awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman pelakon, Pengarah Urusan DBI Properties ditolak

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2017
04:43 MYT
Reman pelakon, Pengarah Urusan DBI Properties ditolak
Mahkamah Majistret Kuantan hari ini menolak permohanan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atas seorang pelakon yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bergelar Datuk.
Majistret Nordiana Abd Aziz menolak permohonan itu selepas menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam Faizul Mohd Nasir.
Pelakon dan ahli perniagaan itu dibawa ke mahkamah dengan kenderaan polis kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap bewarna ungu bersama dua lagi Pengarah Syarikat Juta Kelulut Global Resouces yang dikenali sebagai Zubir dan Omar.
Penolakan permohonan reman bagi siasatan kes penipuan membabitkan penjualan rumah murah itu merupakan penolakan kedua mahkamah.
Pada Ahad lalu, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membebaskan pelakon terbabit yang berusia 37 tahun selepas permohonan reman dikemukakan polis ditolak.
Sebelum ini, beliau pernah ditahan di Ampang dan Shah Alam, Selangor; Muar, Johor Bahru; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, serta Kangar, Perlis.
Sebelum ini, polis menerima sebanyak 210 laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan dua syarikat itu membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.
Topic Berkaitan
#Kes penipuan perumahan
#Mahkamah Majistret Kuantan
#Syarikat DBI Properties
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan