Reman suspek kes tikam pelajar disambung seminggu lagi

Jasad pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya, selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park, Shah Alam, semalam. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Reman terhadap pelajar lelaki disyaki menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini disambung tujuh hari bermula esok.
Ringkasan AI
- Reman terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya disambung tujuh hari sehingga 28 Oktober, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat.
- Polis telah merakam keterangan daripada 148 individu setakat ini dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Suspek sebelum ini direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- Mangsa berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas sekolah pada 14 Oktober lalu dengan kesan tikaman berulang kali di dada dan leher, menurut laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Beliau turut memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk arahan lanjut.
Semalam, Shamsudin memaklumkan polis telah merakam keterangan daripada 148 individu setakat ini bagi membantu siasatan, dan permohonan untuk menyambung perintah reman telah dikemukakan.
Pada Rabu lepas, Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian pada 14 Okt lepas, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah berkenaan selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek yang juga merupakan rakan sekolah mangsa.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami