awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas daerah, negeri: Pesakit ada janji temu doktor tidak perlu kebenaran polis - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2021
11:07 MYT
Rentas daerah, negeri: Pesakit ada janji temu doktor tidak perlu kebenaran polis - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan kad janji temu ketika melalui sekatan jalan raya. - Foto fail / Bernama
KUALA LUMPUR: Pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual di klinik atau hospital tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan kad janji temu ketika melalui sekatan jalan raya.
"Sebelum ini, kerajaan telah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perlunya mendapat surat kebenaran polis bagi urusan mendapatkan rawatan atau janji temu di hospital atau klinik.
"Ini telah menyukarkan mereka terutama pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser dan buah pinggang.
"Bagi pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad janji temu," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Difahamkan, kenyataan berkenaan merujuk kepada aktiviti rentas daerah dan negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain berikutan larangan bagi aktiviti itu di seluruh negara berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun ini.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Sekatan Jalan Raya
#janji temu hospital
#kad rawatan
#SOP rawatan hospital
#rawatan di klinik
#rawatan berjadual
#polis
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan