KUALA LUMPUR:Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi alasan remeh dan hanya melakukannya jika ada keperluan mendesak.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam tempoh empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt, sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima dan daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan manakala bakinya ditolak.
“Kebanyakan permohonan merentas negeri untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang kita rasa perlu dibenarkan.
“Bagi permohonan yang ditolak kerana mereka mengemukakan alasan remeh seperti ingin bercuti atau melancong di negeri lain, menghadiri kenduri kahwin selain menggunakan alasan mahu menghantar anak pulang ke kampung tanpa tujuan atau bukan kecemasan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas operasi khas pematuhan PKPB di kawasan Selayang Baru dan Sri Gombak, dengan tujuh individu dikompaun serta dua warga asing ditahan dekat sini, tengah malam tadi.
Arifai, bagaimanapun berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.
Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan PKPB boleh diperoleh di balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.
Pada 12 Okt, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Okt, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020

Operasi khas pematuhan PKPB dijalankan pihak polis di kawasan Selayang Baru dan Sri Gombak, dengan tujuh individu dikompaun serta dua warga asing ditahan, tengah malam tadi. - Twitter / Bernama

AWANI Ringkas: MITI: Perlu lihat cadangan lain | Paip di Sabah dari zaman perang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

Pakej PERMAI beri impak fiskal minimum kepada negara - MoF
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara.

COVID-19: Thailand rekod 914 kes baharu susulan saringan besar-besaran
Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

CAAM umum arahan dron baharu bulan depan
CAAM akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.

Maxis tingkatkan usaha selain kesalinghubungan untuk komuniti terjejas banjir
Usaha mitigasi rangkaian dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan kesalinghubungan seperti meningkatkan platform peralatan dan pengunaan genset.

95 hospital swasta setuju bantu rawat pesakit COVID-19 - Dr Noor Hisham
95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket pelaburan tidak wujud sasar mangsa di China
Sindiket yang menyasarkan pelabur dari China itu dikesan mula menjalankan aktiviti haram tersebut sejak dua bulan lalu di dua rumah mewah di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Angkara Macau Scam, simpanan, wang pusaka lebih RM2 juta lesap
Mangsa terpedaya menyerahkan butiran akaun apabila suspek mengarahkannya berbuat demikian kononnya untuk tujuan siasatan.

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

13 anggota sindiket dadah terbesar didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

UMNO Tanjung Malim lapor polis kain rentang desak Zahid letak jawatan
Laporan polis dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River pada 9.43 malam tadi.

Bilik siasatan jenayah narkotik IPD Timur Laut terbakar
Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown Pulau Pinang dilaporkan terbakar pada pagi Isnin.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).