Namun, keputusan itu bergantung kepada situasi semasa kes harian COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat diseru untuk terus mematuhi garis panduan yang ditetap Kementerian Kesihatan dalam tempoh pandemik ini.
"Ini isu yang kerajaan timbangkan. Menjelang bulan puasa, mufti sudah keluarkan fatwa bahawa solat tarawih sudah boleh, dulu tak boleh.
"Mungkin esok nak raya, mungkin boleh buat sembahyang Hari Raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atau boleh melawat ziarah rentas negeri, saya belum dapat nak bagi.
"Itu kita akan teliti dan umum bila masa sesuai," katanya ketika Program Sarapan Pagi bersama Masyarakat Felcra Bukit Kepong di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pembukaan bazar Ramadan serta solat tarawih sepanjang bulan Ramadan dengan SOP yang ditetapkan.
BACA: Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan - Ismail Sabri