awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda

Bernama
Bernama
07/01/2025
08:34 MYT
Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Anggota pasukan elit Senoi Praaq daripada Batalion 18 PGA Briged Utara melakukan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand ketika tinjauan di Sungai Golok. - Bernama
PASIR MAS: Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda tiga warga tempatan RM4,000 setiap seorang, selepas mereka mengaku bersalah memasuki Malaysia dari Thailand melalui laluan haram pada 3 Jan lepas.
Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani juga memerintahkan Lim Wu Han, 34, serta pasangan suami isteri Rajmidi Sahli, 50, dan Nursyuhada Abdullah, 29, dipenjarakan sebulan, jika gagal membayar denda itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.30 tengah hari, 3 Jan lepas di tebing sungai Pengkalan Haram Jambu, Rantau Panjang di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan mereka yang merupakan penumpang bot tambang dari negara jiran, disedari anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat pemantauan dan pemerhatian di lokasi kejadian.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, untuk menggunakan laluan dibenarkan selepas ini.
Bagaimanapun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nabila Mohd Noordin yang mewakili semua tertuduh merayu mereka dikenakan hukuman paling minimum kerana Lim bekerja sebagai pembantu kedai, manakala Rajmidi sebagai penyelia tapak dan Nursyuhada merupakan suri rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denda
#mahkamah
#warga Malaysia
#laluan haram
#PGA
#bot tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan