awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting - Mapim

Bernama
Bernama
25/12/2023
12:56 MYT
Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting - Mapim
Mapim menegaskan, resolusi itu tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini merupakan resolusi yang tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.
"Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.
Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.
Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#resolusi
#UNSC
#Gaza
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan