awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup

Bernama
Bernama
21/07/2019
12:10 MYT
Restoran 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor. - Gambar fail/BERNAMA
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah restoran di Teluk Kemang ditutup selama dua minggu bermula hari ini berikutan pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor.
"Pemeriksaan mendapati tahap kebersihan sebanyak 62 peratus dan premis berkenaan diarah tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Selain itu, sebanyak empat notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM)," katanya dalam kenyataan di sini.
Hari ini tular di laman Facebook mengenai kejadian seorang pelanggan mengamuk di sebuah restoran berikutan ayam yang dimakan itu sudah berulat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Zainudin Mohd Ali
#Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
#Peraturan Kebersihan Makanan
#restoran berulat
#Seksyen 11 Akta Makanan
#Teluk Kemang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan