"Memang sedih. Yalah, kalau boleh kita nak kekal sampai habis 'service' kita dengan MAS, kita nak berkhidmat dengan 'national carrier'. Tapi nak buat macam mana, nasib kita rezeki kita sampai situ saja. Kenalah cari ikhtiar lain."
Sembilan tahun Mohamed Dzulhilmi Hazih berkhidmat dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines.
Bermula pada tahun 2006 sebagai jurutera pelatih pesawat, dia menjalani kursus bagi mendapatkan lesen kejuruteraan pesawat Boeing 777 selama enam tahun.
Bagaimanapun selepas hanya tiga tahun sebagai jurutera yang bertauliah, dia bersama 6,000 kakitangan yang lain terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada MAS pada 31 Ogos 2015 ekoran pelan penstrukturan semula syarikat itu.
Hampir empat bulan juga dia tidak berbuat apa-apa.
"Mula-mula tu kekok sikit lah, sebab dah biasa bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Lama-kelamaan kena biasakanlah hidup baru ini.
"Saya tinggal bersama keluarga di Taman Muda, Cheras. Jadi dalam tak bekerja tu, saya tolonglah buat kerja-kerja rumah. Masa itu juga saya layari internet untuk tengok peluang kerja. Ada masanya juga saya jumpa kawan-kawan untuk berbincang perkara sama.
"Isteri saya pula mengajar di Kampung Gajah, Perak. Anak kami pula umurnya baru setahun lebih, dan dijaga oleh ibu mertua saya di rumahnya di Sungai Besar, Selangor.
"Jadi perbelanjaan tu jimat sikitlah, cuma ada komitmen kepada bank untuk pinjaman bayaran kereta."
Dia tidak mengetahui punca sebenar namanya terpilih untuk pelan pemberhentian tersebut.
Dia cuma tabah dan redha menerima surat pemberhentian, pada masa sama terus memikirkan ke mana hala tujunya selepas itu.
"Saya rasa mungkin sebabnya adalah MAS tidak lagi menggunakan pesawat Beoing 777, jadi jurutera serta yang berkaitan dengan pesawat jenis tersebut terpaksa diberhentikan.
"Kalau hendak miliki lesen kejuruteraan pesawat lain perlu dihantar ke kursus khas untuk pesawat tersebut dan ia semestinya melibatkan kos."
Pada Januari 2016, dia yang selesa dipanggil Dzul mula menjalankan perkhidmatan cuci tempat duduk kenderaan dengan bergerak ke rumah pelanggan di sekitar Cheras, Kajang dan Bangi.
"Mulanya saya tak ada pun terfikir nak buat kerja ini. Idea ini sebenarnya datang daripada kakak saya. Dia merupakan pelanggan kepada perkhidmatan cuci tempat duduk kereta yang dia temui di Facebook.
"Kemudian dia suruh saya cuba nasib setelah perkhidmatan itu mencari orang untuk menjadi agen cawangannya, jadi saya cuba hubunginya dan diterima."
Dzul yang berusia 33 tahun mengakui, agak sukar menjalankan pekerjaan baharunya ini.
Mana tidaknya, dahulu di MAS dia mempunyai staf lain yang dapat membantunya.
"Sebagai jurutera, saya mengetuai pasukan dan ada beberapa orang 'technician' di bawah saya. Jadi kerja saya lebih kepada memantau dan memastikan semuanya berjalan lancar. Tetapi kali ini, semua kerja saya sendiri yang kena buat.
"Saya muda lagi, ada tenaga. Jadi apa salahnya kita ubah pendirian daripada kita makan gaji, kita cuba buat bisnes yang kita suka. Tambah pula tak ada kongkongan daripada majikan, cuma kita dengan pelanggan sahaja. Tekanan kerja kurang."
Perkhidmatan yang ditawarkan Dzul bermula dari serendah RM70 hingga RM170 mengikut jenis kereta. Jika dibandingkan dengan pendapatan yang diraihnya ketika di MAS dahulu, ia tidak jauh beza.
"Alhamdulillah, boleh kata setiap hari ada sahaja permintaan. Kalau di MAS dulu saya boleh dapat sekitar RM4000 lebih beserta elaun, dan kerja saya sekarang pula saya boleh raih sekitar RM3000 lebih, bergantung kepada kerajinan saya.
"Kerja servis ini saya puas, saya boleh berjumpa dan berkenalan dengan orang baru. Saya akan berjumpa orang yang bermacam-macam karakter. Saya juga puas bila tengok pelanggan puas dengan hasil kerja saya.
"Pada masa sama saya juga boleh tambahkan lagi rangkaian kenalan saya. Kadang-kadang mereka juga berkongsi idea dan pengalaman mereka terhadap bisnes."
Setakat ini, pelajar lepasan Diploma jurusan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Industri Selangor (Unisel) ini berpuas hati dengan kehidupan barunya. Bagaimanapun pada masa sama, dia terus mencari peluang kerja dalam bidang penerbangan, atas cintanya terhadap bidang tersebut.
Biarpun dibuang, dia tidak patah semangat.
"Pemberhentian daripada MAS ini membolehkan saya melihat dari sudut yang lain tentang kehidupan dan bagaimana untuk meneroka peluang yang ada.
"Rezeki Allah itu luas, kita usaha dan tawakal sahaja. Asalkan halal dan dapat bantu kita untuk terus hidup."
Israr Khalid
Thu Feb 18 2016
Selepas tiga tahun sebagai jurutera, dia bersama 6,000 kakitangan yang lain terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada MAS.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd terima pampasan RM8.6 juta - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka akan menerima pampasan antara RM3,000 hingga RM21,000 seorang.
Lelaki tular tidur bawah landasan LRT dibantu
Shahidan berkata, pihaknya segera menemui lelaki terbabit sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri.
155,893 individu diberhentikan kerja sejak 2020 - Saravanan
Daripada jumlah itu, 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia diberhentikan oleh 5,095 majikan.
Polis tahan reman lelaki hantar surat mengecam Masjid Jamek Bahau
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman ACBE di sini pada 10.10 malam tadi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
Hanya 0.5 peratus tuntutan pemberhentian belum selesai - Perkeso
Kes yang belum selesai tidak melebihi 14 hari, iaitu mengikut prosedur operasi standard.
Penganggur gagal bayar denda RM27,000 kerana hina Agong
Mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.
Kematian pekerja kilang: Bekas pembersih rumah, suami ditahan
Majikan dan suami jiran telah datang ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah terbaring dengan keadaan berlumuran darah di ruang tamu.
Lebih 24,000 diberhenti kerja, pengangguran pada kadar 6.8 peratus - Kula
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merekodkan sejumlah 24,600 pekerja telah diberhentikan oleh majikan bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.
Pekerja kilang dakwa diberhentikan tanpa notis, tuntut pampasan
Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas diberhentikan tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.
Hentikan pekerja asing dahulu, sebelum pekerja tempatan
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib menegaskan syarikat juga tidak boleh memberhentikan pekerja secara serta merta kerana ia jelas melanggar Akta Kerja 1955 (Akta 265).