awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Revolusi ala 'Arab Spring' hanya cetus huru hara kepada negara

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2013
00:15 MYT
Revolusi ala 'Arab Spring' hanya cetus huru hara kepada negara
Revolusi rakyat terhadap pemerintahan sesebuah negara tidak menjamin keadaan negara yang lebih baik.
Malah tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tindakan tersebut boleh mencetuskan huru-hara sekaligus menganggu keharmonian dan kestabilan negara.
Najib berkata keadaan di kebanyakan negara Arab termasuk Mesir membuktikan revolusi memberi kesan negatif dan tidak menguntungkan rakyat.
"Sejak kebangkitan ‘Arab Spring’ dimana kebangkitan dari bawah rakyat Mesir yang menukar dan menolak rejim lama, harga kos sara hidup telah melambung naik, inflasi semakin naik mendadak dan belia di Mesir menggangur kerana tiada pekerjaan,” kata Najib.
Menurut Najib, fenomena 'Arab Spring' yang mula tercetus di Tunisia pada 2010, memberi kesan buruk kepada ekonomi dan pembangunan di negara Arab.
Ia turut meningkatkan kadar inflasi di negara berkenaan sehingga menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan terhimpit dan pengganguran meningkat.
Beliau berkata pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) di Felcra Seri Makmur, Pekan.
Topic Berkaitan
#arab spring
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Malaysia
#Mesir
#revolusi
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan