awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rezeki saya tidak pernah putus, sama seperti keluar Gegar Vaganza - Farahdhiya

Gempak
Gempak
08/05/2018
04:46 MYT
Rezeki saya tidak pernah putus, sama seperti keluar Gegar Vaganza - Farahdhiya
Kerjaya seni Farahdhiya masih berjalan seperti biasa namun kurang mendapat publisiti daripada media kerana sering melakukan persembahan pada majlis tertutup sahaja.
PELAKON dan penyanyi Farahdhiya mengakui masih menerima tawaran nyanyian sama seperti ketika tamat daripada menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim kedua.
Menurut Farahdhiya, kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa namun kurang mendapat publisiti daripada media kerana sering melakukan persembahan pada majlis tertutup sahaja.
"Alhamdulillah, rezeki saya masih sama seperti ketika keluar GV dan apa yang boleh saya katakan, ia adalah detik yang paling bagus saya kecapi dalam karier.
"Saya banyak menjayakan persembahan untuk majlis tertutup serta korporat dan disebabkan itu ramai orang menyangka populariti saya semakin merudum berbanding ketika menyertai GV.
"Saya akui mungkin disebabkan kurang mendapat publisiti di media cetak dan elektronik orang menyangka saya sudah tiada tawaran kerja.
"Apa yang saya boleh katakan rezeki saya semakin bertambah dan tidak pernah putus," katanya kepada Astro Gempak.
Farahdhiya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Azura Couture Raya 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi Foto: Instagram
Topic Berkaitan
#Farahdhiya
#Gegar Vaganza
#GV
#pelakon dan penyanyi
#tawaran nyanyian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan