KUALA LUMPUR: Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Di SABAH, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar, dihadiri kira-kira 4,000 orang dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Tun Juhar dalam ucapannya berkata komitmen dan usaha berterusan semua pihak adalah kunci kepada kejayaan sesebuah negara.
"Dengan menggabungkan kekuatan dalam pelbagai aspek, sesebuah negara boleh mencapai kejayaan yang mampan serta menyeluruh dan memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dapat dicapai," katanya.
Tun Juhar turut menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu padu selain mendoakan agar penduduk negeri itu dapat menikmati kemajuan di bawah gagasan Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya.
Sementara itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya berkata ketibaan tahun baharu Hijrah kali ini akan menjadi inspirasi kepada kerajaan negeri untuk meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri setakat ini telah berjaya mengurangkan kadar miskin tegar di negeri daripada 22,510 ketua isi rumah (KIR) kepada hanya 5,379 KIR dan bertekad melaksanakan pendekatan agresif bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Pada sambutan Maal Hujrah tahun ini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sabah dan menerima wang berjumlah RM20,000, jam tangan, pakaian, trofi dan sijil penghargaan.
Majlis itu turut dihadiri isteri Tun Juhar Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.
Di SARAWAK, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri itu yang bermula petang semalam diisi dengan majlis bacaan doa dan sambutan diteruskan hari ini dengan perhimpunan di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange, Kuching yang dihadiri kira-kira 500 orang.
Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isterinya Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang tururtmenghadiri perhimpunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Tun Juhar (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah kepada bekas Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali (tengah). - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H
Penganjuran program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang dijadualkan berlangsung minggu ini, ditangguhkan ke 13 Julai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.