PORT DICKSON: Kejadian ribut mengejutkan penduduk Taman Bagan Kurnia, Kuala Lukut, di sini, apabila ia menerbangkan atap beberapa rumah di kawasan berkenaan, pada pagi Rabu.
Memetik laporan media tempatan, ada penduduk yang mengalami kecederaan ringan akibat daripada fenomena berkenaan selepas terkena serpihan siling rumah.
Antaranya, seorang wanita warga emas berusia 86 tahun yang cedera pada bahagian kepala ketika sedang berehat di dapur rumahnya apabila puting beliung berkenaan melanda.
Dia kemudian menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata sekurang-kurangnya 10 buah rumah mengalami kerosakan terutamanya di bahagian bumbung.
Katanya, seramai enam anggota APM telah selesai melakukan tinjauan dan pemeriksaan di taman perumahan itu pada jam 2.40 petang tadi.
Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan kejadian ribut itu sehinggakan kelihatan banyak serpihan objek berterbangan di udara.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021

Sebanyak 10 buah rumah mengalami kerosakan terutamanya di bahagian bumbung dalam kejadian ribut berkenaan. - Gambar/ Media sosial

AWANI Ringkas: Bantuan kepada pesawah | Komander NTF baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Guru al-Quran maut, tak sempat hadir konvo
Graduan Diploma Pengajian Islam Kolej Uniti Port Dickson itu dijadual menghadiri konvokesyen minggu depan.

2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu.

Soal pertahan kerusi Parlimen Port Dickson belum diputuskan - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal sama ada beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau tidak masih belum diputuskan lagi.

Polis cari penunggang 'menari' atas motosikal di lebuh raya
Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang tular di laman sosial Facebook.

'Pindah keahlian ke Cabang PD, kehendak saya sendiri' - Aminuddin
Aminuddin menyifatkan, dalam politik, perpindahan adalah perkara biasa dan tiada campur tangan kepimpinan peringkat Pusat.

Gempa Indonesia: Bomba N. Sembilan terima 2 laporan rekahan kecil struktur bangunan
Ia melibatkan tingkat lapan sebuah hospital swasta di Seremban dan tingkat satu Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Hari Tentera Darat ke-89 disambut di Port Dickson
Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 akan berlangsung di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Mac ini.

Pemilik kedai emas disamun lima lelaki bersenjatakan parang
Mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek hingga menyebabkan Honda CRV tersebut hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan di Lukut.

Lelaki positif dadah ditahan kerana memandu secara berbahaya, halang tugas polis
Lelaki berumur 25 tahun itu cuba melarikan diri dengan memecut menghala susur keluar ke Lukut.