awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut landa Pendang, 24 rumah terjejas

Bernama
Bernama
02/11/2023
01:45 MYT
Ribut landa Pendang, 24 rumah terjejas
Angin kuat dan hujan lebat menyebabkan beberapa rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung di Pendang. - Foto Facebook/APM Pendang
PENDANG: Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat kejadian ribut di Mukim Air Puteh di sini, petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang Lt (PA) Yuslina Yusoff berkata kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan bumbung rumah terutama di Taman Sri Delima, Jalan Jenun, diterbangkan angin.
"Sebaik menerima aduan, anggota bertugas bergegas ke lokasi dan mendapati kejadian itu melibatkan 72 mangsa di Taman Sri Delima dan dua di Kampung Pulau Machang.
"Pemantauan kemudian dilakukan di lokasi kejadian dan didapati tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yuslina berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat.
Beliau berkata ribut turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran Klinik Kesihatan Pendang dan Perumahan Keda Asam Jawa di sini, hingga menghalang lalu lintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#bumbung
#Yuslina Yusoff
#diterbangkan angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan