awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis terselamat undi tidak percaya di tengah-tengah pertikaian belanjawan
Kes kedua Demam Babi Afrika dikesan di Korea Selatan
Ferrari perkenal kereta baharu untuk musim Formula 1 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga 9 malam - MetMalaysia

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
03/12/2025
10:21 MYT
Ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga 9 malam - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada jam 5.55 petang, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan:
1. Perak: Seluruh negeri
2. Kelantan: Jeli dan Gua Musang
3. Terengganu: Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman
4. Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin
5. Selangor, WP Kuala Lumpur, dan WP Putrajaya
6. Negeri Sembilan
7. Melaka
8. Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru
9. Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei, Julau), Sibu (Kanowit), Kapit dan Bintulu (Sebauh)
10. Sabah: Sandakan (Tongod)
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam, sama ada hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
Amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang serta angin kencang, selain mengutamakan keselamatan dan memantau perkembangan cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#hujan lebat
#Sabah dan Sarawak
#cuaca
#Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan