Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 12 tengah hari

ALOR SETAR, 16 Mei -- Keadaan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan sekitar bandaraya Alor Setar hari ini.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, dan Kuala Muda, Pulau Pinang, Perak di Kerian dan Larut, Matang dan Selama, Melaka, Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kota Tinggi, Sabah di Pedalaman Kuala Penyu dan Bea
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri, yang dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri, yang dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi itu melibatkan Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang; Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); serta Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin).

Amaran sama turut melibatkan seluruh Melaka, selain beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement