Ribut Tropika Senyar melemah dan turun taraf - MetMalaysia

Mohd Hisham berkata meskipun melemah, sistem ini masih boleh mencetuskan hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Senyar yang mendarat di pantai sempadan Selangor–Negeri Sembilan sekitar tengah malam tadi, kini telah dilemahkan dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.
Ringkasan AI
- Ribut Tropika Senyar dilemahkan dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah selepas mendarat di pantai sempadan Selangor-Negeri Sembilan.
- Meskipun melemah, sistem ini masih boleh mencetuskan hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
- MetMalaysia menggesa orang ramai untuk sentiasa mengikuti amaran cuaca rasmi dan menitikberatkan kesiapsiagaan, terutamanya bagi kawasan berisiko banjir, ribut, dan ombak besar.
"Situasi cuaca buruk itu, katanya, dijangka berterusan sehingga esok, khususnya di Pahang dan Terengganu, selain memberi impak di beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan sistem ini dan mengemaskini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran rasmi MetMalaysia yang disiarkan menerusi laman web rasmi, aplikasi myCuaca, media sosial dan talian hotline MetMalaysia, 1-300-22-1638.
Agensi itu turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan, terutamanya bagi penduduk di kawasan berisiko banjir, ribut dan pantai yang terdedah kepada ombak besar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


