awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu

Bernama
Bernama
11/07/2018
14:30 MYT
Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu
Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai. - Foto twitter @dralihamsa
Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.
Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.
Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 31 Julai ini.
Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai. - Foto Bernama
Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.- Foto Bernama
Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah.
Pada 1981, Malanjum meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu di mana pada waktu itu beliau telah menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada awal 1992.
Malanjum merupakan anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia.
Tan Sri Richard Malanjum took his oath of office as the country's new Chief Justice at Istana Negara tonight. TS Richard is the first from Sabah/Sarawak to be appointed to the country's highest judicial post. Congratulations TS! @chedetofficial pic.twitter.com/RGCOvh2OME
— Ali Hamsa (@DrAliHamsa) July 11, 2018
Pada 2006, buat pertama kalinya sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang masing-masing oleh seorang berbangsa British, seorang dari Semenanjung dan beberapa orang dari Sarawak.
Sejurus selesai upacara angkat sumpah tersebut, Sultan Muhammad V kemudian mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Malanjum.
Md Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan mereka selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu.
Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#Mahathir Mohamad
#Richard Malanjum
#Sabah
#Sultan Muhammad V
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan