awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rider ketum' ditahan polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/04/2020
03:44 MYT
'Rider ketum' ditahan polis
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu botol mengandungi cecair kehijauan disyaki air ketum di dalam bakul motosikal yang ditunggang suspek. - Foto OOTBCHANNEL
Seorang lelaki penghantar makanan ditahan kerana membawa satu botol air daun ketum ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan Bukit Jalil, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, tangkapan dibuat ke atas suspek yang berusia 32 tahun pada 8.45 pagi.
“Suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu botol mengandungi cecair kehijauan disyaki air ketum di dalam bakul motosikal yang ditunggang suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata polis telah menahan suspek di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan dibawa ke Balai Polis Cheras untuk permohonan reman hari ini.
“Dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Daerah Cheras tetap komited membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah.
“Justeru, adalah dinasihatkan agar orang ramai supaya kekal berada di rumah dan patuh kepada arahan PKP serta tidak mengambil kesempatan dan terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah atau dadah diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-92845050/5051 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#air ketum
#Akta Racun 1952
#Bukit Jalil
#cecair
#Cheras
#duduk rumah
#jenayah
#lelaki
#Mohamed Mokhsein Mohamed Zon
#penghantar makanan
#PKP
#reman
#Sekatan Jalan Raya
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan