Selain daripada kisah Jerman menjadi juara Piala Dunia FIFA 2014, antara yang menjadi buah mulut orang ramai daripada seluruh dunia adalah foto perkongsian penyanyi daripada Barbados, Rihanna dengan pemain-pemain Jerman di laman rasmi twitternya.

Rihanna bertemu dan mengambil foto bersama mereka selepas tamatnya upacara penutupan Piala Dunia edisi kali ini.

Melalui tweet Rihanna, dia begitu teruja dan gembira dapat bergambar bersama pemain-pemain tersebut.

Antara pemain Jerman yang sempat bergambar bersama Rihanna adalah penyumbang gol tunggal untuk Jerman pada perlawanan awal pagi tadi, Mario Gotze, Podolski, Shweinsteiger, Klose dan ramai lagi.

Bukan hanya itu, Rihanna yang popular dengan lagu “Umbrella” itu turut tweet dengan mengatakan seolah-olah dia sudah berasa puas dengan hidupnya kerana dia telah sentuh, pegang, cium dan berselfie dengan piala dunia.

Dalam pada Rihanna tersenyum lebar dengan memuat naik foto-foto tersebut, ada juga yang iri hati dengan tuah Rihanna yang dapat bergambar bersama pemain-pemain Jerman dan berselfie dengan piala rebutan itu